KENALI CIKGUEQA

Laman ini dikendalikan oleh Cikgu Shafiqah Nadhira a.k.a CikguEqa

CikguEqa merupakan seorang guru Pemulihan Khas yang bertugas di SK Tampulan Telipok, Kota Kinabalu, Sabah.

Merupakan Lepasan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Pemulihan Khas dari Program Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor.

Mula mengajar pada tahun 2014 di SK Sri Pantai. Kemudian berpindah ke SK Sembulan. CikguEqa berpindah pula ke sekolah Luar Bandar, SK Pengiran Siti Hafsah SKEPSIH, Karambunai, Kota Kinabalu dan kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Tampulan, Telipok, Kota Kinabalu, Sabah.

Kajian tindakan beliau SU-PER memenangi Pingat Emas dan Anugerah Platinum dalam E-Kolokium anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Sabah iaitu TOGETHER TRANSFORMING EDUCATION TTE 2.0 2020 International Colloquium On Education And Social Sciences.

Kini, beliau sedang aktif di Youtube dengan Inovasi Terbaru beliau, iaitu GayaIsyaratVokalCikguEQA (G.I.V.E) dan MelodiMengeja.






Yu. Eqaira

Mengeja, Membaca, Menulis dan Mengira dengan Mudah, Seronok dengan CikguEQA!

Post a Comment

Previous Post Next Post