ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAAL
Syukur Alhamdulillah atas pengiktirafan yang diterima ini
sebenarnya, eqa memang tak sangka yang eqa akan terima Anugerah pada malam ini.. eqa ingatkan, jemputan sebagai wakil sekolah bagi memeriahkan majlis.. tapi rupanya..... bak kata GB, ada manis-manis... ❤︎
Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2024, Sektor Pembelajaran PPD Kota Kinabalu Sabah, 28 Februari 2025 bertempat di Hotel 7 Suria Kota Kinabalu , Sabah.. pada malam ini, eqa terima Pengiktirafan sebagai Ikon Guru Pemulihan Khas Inovatif.. MasyaAllah Tabarakallah... Terima Kasih Ya Allah... (eqa nangis ye)
Pertama sekali, Jutaan Terima Kasih buat PPDKK atas pengiktirafan ini.. Terima Kasih Puan berempat, Puan Winnie, Puan Hidayah, Puan Naneh dan Puan Liza di atas segala kepercayaan pada diri eqa.. Terima Kasih Puan sebab selalu support eqa, sentiasa membimbing eqa dan tak pernah jemu melayan soalan eqa yg bertalu-talu..hehehe..Tak lupa, semua rakan guru bagi Majlis Guru Pemulihan Khas Kota Kinabalu yang sentiasa support eqa, bagi semangat pada eqa... yang selalu doakan eqa, yang rajin baca curhat eqa di status Whatsapp 😆 Kak Qeera, Kak LizahMerah, Kak Bai, Kak Hjh Sufiah, Kak Anne, Kak Zulaikha, Kak Pat dan ramai lagi yang tak dapat eqa sebutkan di sini.. tenkiu muchie-muchie!
Terima Kasih Guru Besar SK Tampulan, Puan Zaliha Hj Ismenyah... Terima Kasih GB yang selalu memahami keadaan eqa, yang memang akan support segala yg eqa lakukan..di dalam sekolah mahupun di luar sekolah. tanpa GB yang menyokong, mustahil untuk eqa tetap berani melangkah ke depan..
kejayaan ini bukanlah semata untuk diri, tetapi juga untuk sekolahku, Sekolah Kebangsaan Tampulan.. motivasi bagi diri eqa untuk tetap terus berusaha mencipta dan mempelbagaikan kaedah PdP seiring dengan peredaran masa sesuai dengan keperluan kanak-kanak generasi terkini.. (ayyyookk.. sel2 otak eqa dh makin aktif berhubung ni 😆)
Terima Kasih En Suhaimi bin Matsah, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dan PPDKK kerana selalu menyokong SK Tampulan bersama dengan Barisan Pentadbir SK Tampulan.. Walaupun kami sekolah SKM yang sentiasa tersorok, nun di atas bukit... PPDKK sentiasa memberi peluang kepada SK Tampulan untuk bersaing bersama sekolah-sekolah yang besar..
Tahniah buat GB dan PK Kokum, juga mendapat Pengiktirafan malam ni.. MaSyaaAllah 💖 Tetap Semangat SKeT, Menjadi Hebat!
GB, Zaliha Ismenyah - Anugerah Kepimpinan Instruksional, Guru Besar Kategori Luar Bandar
PKKokum - Iroet Marteni@Irwan - Ikon Guru STEM
SK Tampulan - Anugerah Sekolah Pendidikan Digital (LUAR BANDAR ) dan Anugerah Sifar Pemulihan Khas Tahun 6 2024
kejayaan ini juga milik seluruh warga kerja SK Tampulan dengan kerjasama yang erat bersama PIBG SK Tampulan...Alhamdulillah
TAHNIAH!
Terima Kasih Kak Dayah sebab selalu bagi keyakinan pada eqa.. selalu bagi semangat pada eqa untuk terus tetap berjuang dan berinovasi.. i love you kakak!
berjumpa dengan teman seperjuangan di sekolah eqa yang ketiga dulu, SK Pengiran Siti Hafsah.. perkenalkan kawan-kawan eqa yang cantikkkk... Cikgu Marissa dan Cikgu Andi.... Mata eqa berkaca tu, sebab eqa nanes! Tahniah Kakak Andi, inShaaAllah bakal menimang cahaya mata 😍 eqa terharu bha, teringat sembang-sembang dengan kakak di SKePSiH dlu.. Moga Allah permudah segala urusan kakak dan selamat semuanya nnt ya... eqa sentiasa rindu kakak-kakak, abang-abang di SkEpSih sebenarnya...
"eqa ada di mana" mesej dihantar beserta gambar... eh! kak yatie pun ada kat sini! kak yatie ni, my beStie di sekolah eqa yang kedua, SK Sembulan.. tempat eqa curhat, gossip.. hahaha.. sekalilah tu, yg pakai tudung pink pekat tu, kak tipah.. yang sebelah eqa tu, ustaz baru di SKS, nda sempat eqa berkenalan dengan dia.. jadi, nda tau namanya.. hehehe..
eqa kalau jumpa kakak-kakak SKS, mmg auto jadi mcm baby, manjaa.. sbb dlu, eqa antara yang paling muda di SKS... jadi, semualah kakak-kakak dan abang-abang eqa di SKS.. kalau jumpa, riuhlaaa kami-kami ni.. rindu selalu! SK Sembulan tetap di hati 💖
Tahniah kepada kami bertiga! Warga Guru Taman Feliamas Kampung Malalin, Tuaran... tinggal di taman yang sama.. hehehe..
CikguEqa - Ikon Guru Pemulihan Khas Inovatif
CikguEqa - Ikon Guru Pemulihan Khas Inovatif
Cikgu Irwan - Ikon Guru STEM
Cikgu Anisita - Ikon Guru Sejarah
Anugerah telah disampaikan oleh Puan Hjh Nurani Fauziah binti Derin, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Akhir kata, terima Kasih buat Abah dan Mama yang selalu mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anaknya di perantauan..
Terima kaSih buat suami tersayang dan anak-anak yang sentiasa memberi sokongan untuk terus berjuang dan menyumbang kepada dunia pendidikan di Malaysia.
Terima Kasih juga buat Keluarga Akademi Youtuber yang menjadi titik mula eqa menjadi guru inovasi dalam pendidikan
sebenarnya pada hari kejadian, eqa baru discaj hospital setelah 4 hari 3 malam berkampung di hospital.. tiba di rumah pukul 4 petang, pukul 5 petang gerak dari rumah untuk gerak ke majlis. memang kelam kabut.. eqa maSih lagi belum fully recover dan seharian tu, eqa nda sempat makan dari pagi..huhuhu.. curi 5 suap makan semasa suap anak makan jak.. dugaan 😅
apapun,
Terima Kasih ya semua kerana sentiasa menyokong eqa
doakan keSihatan yang baik untuk eqa dan keluarga selalu ya
semoga eqa tetap bersemangat menyumbang pada pendidikan Malaysia, khusus untuk bantu anak-anak pandai baca tulis kira dengan mudah dan seronok
tata titi tutu
babaaaiii~~~~~
Assalamualaikum...
#IkonGuruPemulihanKhasInovatifPPDKK #EdufluencersKPM #AkademiYoutuber #CikguEqa
Alhamdulillah tahniah eka dr k. Nim .. semoga cepat naik pangkat .. aamiin .. ❤️❤️
ReplyDelete